MAJLIS PELANCARAN KELAB CERIA DAPUR SELEBRITI NATILI
Pada 6 Jun
2015, Kelab Ceria Dapur Selebriti Natili telah membuat pelancaran di
LAGENDA ASMARA COFFEE DOME. Kelab ini adalah antara usahasam antara
MAQIB iaitu yang terletak di MELAKA.Kelab ini merupakan salah satu dari
30 kelab di bawah naungan RMK iaitu ROYAL MALACCA KING'S DOME.
Tujuan
utama penubuhan kelab ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim
di antara ahli kelab dan masyarakat. Selain itu juga, ia bertujuan untuk
membantu masyarakat dalam membasmi kemiskinan, Kelab ini juga
mengumpulkan ahli terutama golongan ibu tunggal yang mempunyai
tanggungan. Selain itu juga, kelab ini mengumpulkan ahli yang kekurangan
modal untuk menjana pendapatan sampingan.
Banyak aktiviti yang akan dijalankan bagi mengembangkan potensi untuk semua yang berminat.


